AGENDA

Thaipusam: Jalan sekitar Batu Caves tutup mulai 7 malam hingga 12 tengah malam

17 Jan 2022, 12:53 AM
Thaipusam: Jalan sekitar Batu Caves tutup mulai 7 malam hingga 12 tengah malam

SHAH ALAM, 17 JAN: Tujuh jalan di sekitar Kuil Subramaniam Batu Caves ditutup bermula semalam hingga 21 Januari depan sempena sambutan Thaipusam.

Polis daerah Gombak menerusi Facebook memaklumkan penutupan jalan bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam bagi memastikan kelancaran aliran trafik bagi pengguna jalan raya.

Seramai 318 pegawai kanan dan anggota ditugaskan sepanjang jalan bagi memastikan kelancaran trafik.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Dato' Arjunaidi Mohamed ketika turun padang meninjau kawasan sekitar kuil berharap masyarakat sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan menjaga keselamatan sepanjang perayaan.

Berikut adalah jalan yang ditutup:

- Lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves

- Susur dari arah MRR2 ke kuil Batu Caves

- Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama kuil Batu Caves

- Simpang 3 lampu isyarat hadapan Stesen Minyak Shell Batu Caves

- Simpang 3 Jln SBC 8 / Jalan Lama Batu Caves

- Susur MRR2 dari Sri Gombak menghala susur Jalan Perusahaan Batu Caves

- Jalan Perusahaan menghala ke kuil Batu Caves

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619