AGENDA

Polis: Remaja curi tabung masjid mahu beli dadah, bukan ubat datuk

14 Jan 2022, 10:52 AM
Polis: Remaja curi tabung masjid mahu beli dadah, bukan ubat datuk

SHAH ALAM, 14 JAN: Alasan seorang lelaki yang cuba mencuri wang tabung masjid kononnya hendak membeli ubat untuk datuknya adalah tidak benar, dedah ketua polis Sungai Buloh.

Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata sebaliknya, siasatan awal mendapati remaja berusia 19 tahun itu bertindak demikian untuk mendapatkan bekalan dadah, lapor Berita Harian.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mencuri untuk mendapatkan dadah, bukan untuk beli ubat datuknya seperti tular di media sosial. Remaja itu didapati terbabit kes dadah sejak setahun lalu," katanya.

Remaja itu tular di media sosial selepas dimandikan seperti 'jenazah' kerana cuba mencuri duit tabung itu dipercayai terbabit kegiatan dadah sejak setahun lalu.

Semalam, Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap Daniel Iskandar selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dekat Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, Sabtu lalu.

Sebelum itu, peguam yang mewakili Daniel memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan ini adalah kesalahan kali pertama anak guamnya serta dia sudah insaf dan sudah memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619