AGENDA

EXCO hargai jasa JKR, ATM pulihkan jambatan runtuh akibat banjir Hulu Langat

3 Jan 2022, 9:20 AM
EXCO hargai jasa JKR, ATM pulihkan jambatan runtuh akibat banjir Hulu Langat

SHAH ALAM, 3 JAN: EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam menghargai jasa pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana menyiapkan jambatan mudah alih di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat semalam.

"Alhamdulillah, pemasangan semua komponen Jambatan Bailey (mudah alih) di Jalan Sungai Lui, Hulu Langat telah disiapkan oleh JKR Petaling dalam tempoh 24 jam dengan dibantu pihak ATM.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja pemasangan ini. Insya-Allah, saya akan maklum perkembangan kerja pembaikan infrastruktur dari semasa ke semasa," kata Ir Izham Hashim di Facebook.

Pembinaan jambatan sementara sepanjang 18.24 meter dengan kelebaran 7.35 meter itu bagi membantu 12 keluarga yang terputus hubungan dengan laluan utama selepas jambatan ke kawasan kediaman mereka yang merentasi Sungai Langat runtuh akibat banjir.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619