AGENDA

Amy Search tidak ketinggalan bantu kerja pembersihan pascabanjir

24 Dis 2021, 11:37 AM
Amy Search tidak ketinggalan bantu kerja pembersihan pascabanjir
Amy Search tidak ketinggalan bantu kerja pembersihan pascabanjir
Amy Search tidak ketinggalan bantu kerja pembersihan pascabanjir

SHAH ALAM, 24 DIS: Penyanyi Amy Search tidak ketinggalan membantu penduduk terjejas banjir teruk di Meru, Klang.

Amy yang berkongsi pengalaman itu di Facebook berkata beliau sudah biasa melakukan kerja membersih.

"Hari ini di Meru pulak. Kalau kat kampung kerja-kerja macam ini dah biasa," kata penyanyi lagu Isabella itu.

Sementara itu, wakil rakyat Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar meluang masa menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru dan mengedarkan bantuan barangan keperluan serta pakaian.

[caption id="" align="aligncenter" width="500"] Bantuan lampin pakai buang bayi diedarkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat N42 Meru Klang - YB Fakhrulrazi Mokhtar[/caption]

 

[caption id="attachment_501747" align="aligncenter" width="500"] Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar mengedarkan sumbangan pakaian kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang pada 23 Disember 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat N42 Meru Klang - YB Fakhrulrazi Mokhtar[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619