AGENDA

Bekalan air 463 kawasan dijangka pulih 11.30 malam ini

17 Dis 2021, 1:38 PM
Bekalan air 463 kawasan dijangka pulih 11.30 malam ini

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata bekalan air di kawasan terjejas melibatkan Putrajaya, daerah Hulu Langat, daerah Sepang dan daerah Kuala Langat itu mencapai pemulihan 100 peratus manakala daerah Petaling pada 93.6 peratus.

“Tempoh pemulihan berbeza antara satu kawasan dengan kawasan lain berdasarkan lokasi dan jarak premis pengguna. Bantuan bekalan air alternatif akan terus digerakkan kepada pengguna terjejas dan premis kritikal semasa gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Kami ingin menasihatkan pengguna yang telah menerima bekalan air supaya membiarkan paip mengalir sehingga air bersih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian," tambahnya.

Gangguan bekalan air itu berikutan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih semalam.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619