AGENDA

Pencemaran bau catat sifar TON, LRA Semenyih kembali beroperasi

16 Dis 2021, 6:08 AM
Pencemaran bau catat sifar TON, LRA Semenyih kembali beroperasi

SHAH ALAM, 16 DIS: Tiga bacaan pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akibat bau diesel telah mencatat sifar TON (nombor bau nilai ambang), menurut Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata justeru itu, LRA berkenaan beroperasi semula pada jam 12.30 tengah hari tadi.

"Gangguan minimum segera pulih secara berperingkat. Terima kasih @luas_selangor dan @air_selangor yang tangani hal ini secara pantas.

"Ambil masa kurang empat jam untuk selesai," tulis beliau di Twitter.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas hari ini susulan pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih pagi semalam.

Berikutan itu, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi Air Selangor.

Senarai kawasan terlibat dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619