EXCO

EXCO: Peruntuk RM65,000 bantu 13 pusat kebajikan

10 Dis 2021, 12:39 PM
EXCO: Peruntuk RM65,000 bantu 13 pusat kebajikan

SHAH ALAM, 10 DIS : Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM65,000 kepada 13 pusat kebajikan untuk membeli barangan keperluan, mendapat rawatan perubatan dan membaik pulih kelengkapan asas.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau berkata sumbangan itu sebagai tanda sokongan kepada pusat kebajikan selain memastikan kesejahteraan dalam kalangan penghuni.

"Setiap pusat kebajikan menerima sumbangan RM5,000. Pandemik Covid-19 mengekang tujuan asal kita untuk bersemuka turun padang bertemu penghuni pusat kebajikan.

"Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada pusat kebajikan. Kita harap sumbangan ini memberi manfaat besar kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Sumbangan Program Santuni Pusat Kebajikan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

13 pusat kebajikan yang menerima bantuan adalah Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Jagaan Persatuan Komuniti Istimewa Ampang, Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyyah dan Pusat Jagaan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat.

Selain itu, turut menerima Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Persatuan Orang Yaang Amat Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pusat Jagaan Rumah Aman dan Pusat Jagaan Rumah Puteri Arafiah.

Manakala, Pusat Jagaan Darul Sakinan Angkasa, Rumah Victory Elderly Home, Pusat Jagaan Persatuan Insan Istimewa Cheras, Persatuan Jagaan Orang-orang Kurang Upaya dan Terbiar Lovely PJ dan Pusat Jagaan Ekliptik juga menerima sumbangan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619