AGENDA

Pesta Buku Selangor 2021 ditutup sementara hari ini

8 Dis 2021, 12:52 AM
Pesta Buku Selangor 2021 ditutup sementara hari ini

SHAH ALAM, 8 DIS: Pesta Buku Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) ditutup sementara hari ini bagi menjalankan kerja sanitasi.

Penganjur pesta dalam kenyataan berkata tindakan itu bagi memenuhi pematuhan standard kesihatan mencegah penularan Covid-19.

Pesta Buku Selangor 2021 akan mula beroperasi seperti biasa pada esok.

"Penganjur akan membuat disinfeksi secara menyeluruh di keseluruhan ruang pameran dan setiap kemudahan yang digunakan,"menurut kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, penganjur juga sedang membuat persiapan terbaik untuk menerima jangkaan peningkatan pengunjung pada hujung minggu.

"Langkah keselamatan akan dipertingkatkan di mana urusetia dan pempamer akan membuat pemeriksaan ujian kendiri secara berkala setiap hari sebelum dibenarkan memasuki ruang pameran.

"Pengunjung bergejala dinasihat tidak hadir ke Pesta Buku Selangor 2021,"kata kenyataan itu lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619