AGENDA

50 produk makanan halal Malaysia boleh didapati di Singapura

6 Dis 2021, 7:52 AM
50 produk makanan halal Malaysia boleh didapati di Singapura

SINGAPURA, 6 DIS: Lima puluh produk makanan halal baharu buatan Malaysia tersedia di pasar raya di sini menerusi Program ‘Halal Route to Market’ (HalMap), inisiatif Maybank Islamic untuk meluaskan rangkaian perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Maybank Islamic melancarkan Program HalMap dengan objektif untuk membolehkan PKS yang berpangkalan di Malaysia mengembangkan perniagaan halal mereka ke luar negara.

"Pelanggan kami melihat kepada kami untuk keperluan perbankan patuh shariah mereka, oleh itu Program HalMap telah membangunkan ekosistem yang membentuk pembiayaan dan pembangunan perniagaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Dr John Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata program itu dapat dilakukan kerana keupayaan Maybank dalam memberi perkhidmatan kepada koridor perdagangan Singapura-Malaysia dan pengetahuannya mengenai rantaian bekalan halal.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu meningkatkan perniagaan PKS Malaysia dan pada masa yang sama membawa lebih banyak pilihan produk halal berkualiti kepada pengguna Singapura.

“Selain itu, kami merancang untuk memudahkan platform yang sesuai untuk pelanggan PKS Singapura yang terlibat dalam perniagaan halal untuk dipasarkan ke negara lain seperti dalam penjagaan kesihatan halal dan teknologi kewangan (fintech) untuk sektor halal,” katanya.

Di bawah Program HalMap, Maybank akan menyediakan pelanggan PKS dengan platform pengedaran, khidmat nasihat dan latihan untuk memasarkan produk mereka dalam segmen pasaran barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas.

Program iti dimulakan dengan pemilihan 10 PKS Malaysia untuk menceburi pasaran makanan halal di Singapura.

50 produk baharu untuk dipasarkan itu boleh didapati di Eccellente by HAO Mart yang terletak di pusat beli-belah Kinex.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619