AGENDA

Hampir 1,000 pelajar di Cyberjaya disaring, 139 dirujuk ke PKRC

2 Dis 2021, 8:29 AM
Hampir 1,000 pelajar di Cyberjaya disaring, 139 dirujuk ke PKRC

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 946 pelajar, guru dan petugas Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sepang disaring sejak semalam susulan penularan kluster Covid-19 di situ.

Daripada jumlah itu, seramai 139 orang dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), kata pengarah kesihatan negeri.

Dato' Dr Sha'ri Ngadiman menjelaskan kontak rapat Kluster Persiaran Tasik itu ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan dengan semua pesakit tidak bergejala serta stabil.

"Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan sekolah bekerjasama rapat menangani kluster ini. Sebarang maklumat terkini dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes indeks melibatkan seorang guru yang dikesan bergejala pada 22 November dan disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

Dr Sha'ri menjelaskan saringan kontak rapat mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang guru dengan kluster tersebut diumumkan pada 29 November.

"Kesemua pelajar dirujuk ke PKRC Maeps manakala kedua-dua guru menjalani pengasingan di rumah," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619