EXCO

Negeri peruntuk RM150,000 pelihara hutan bakau

1 Dis 2021, 7:35 AM
Negeri peruntuk RM150,000 pelihara hutan bakau

SHAH ALAM, 1 DIS: Program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bakau diteruskan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM150,000 melalui bajet pembangunan negeri.

Dana itu digunakan bagi penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Pulau Tonggak seluas dua hektar dan rawatan pokok bakau di Hutan Simpan Jugra, kata EXCO alam sekitar.

"Peruntukan juga bagi menyelenggara petak tanaman Rhu Pantai di Hutan Simpan Kapar Tambahan dan perolehan anak pokok bakau bagi penanaman oleh Jabatan Perhutanan Selangor," kata Hee Loy Sian.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung status program berkenaan dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Loy Sian yang juga Ahli Dewan Negeri Kajang memaklumkan kerajaan persekutuan turut menyalur peruntukan berjumlah RM82,050 bagi menjayakan program sama.

Jelasnya, dana terbabit untuk melaksanakan perkhidmatan membekal dan menanam anak benih pokok bakau serta kerja lain yang berkaitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619