AGENDA

96.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

1 Dis 2021, 1:32 AM
96.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Sebanyak 96.9 peratus atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.3 peratus atau 23,028,508 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 89.7 peratus atau 2,822,370 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 86.1 peratus atau 2,709,263 individu remaja telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 135,914 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,313 suntikan dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,457,510.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619