AGENDA

Belanjawan negeri dibentang esok, pacu usaha pulih ekonomi

25 Nov 2021, 12:08 AM
Belanjawan negeri dibentang esok, pacu usaha pulih ekonomi

SHAH ALAM, 25 NOV: Belanjawan #Selangor2022 yang dijadual dibentang di Dewan Negeri Selangor esok menumpukan usaha merancakkan semula ekonomi pascawabak Covid-19.

Dato' Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata tindakan yang ditekankan kali ini antaranya menambah hasil dan bantuan kepada penduduk terjejas akibat pandemik.

Pembentangan Dato’ Menteri Besar boleh diikuti secara langsung melalui saluran SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

Liputan berita majlis penting bermula jam 3 petang itu boleh dibaca melalui portal Selangorkini dan tiga edisi lain, termasuk MandarinTamil dan Inggeris.

Maklumat pantas dan infografik berhubung isi menarik dan program utama Kerajaan Negeri akan dimuatkan di media sosial Media Selangor pada petang Jumaat tersebut.

Akhbar Selangorkini edisi Belanjawan Selangor 2022 juga diterbitkan dan mula diedar pada 27 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619