SELANGOR

Manfaat penganjuran ekspo Selangor, perkenal sate tuna sirip kuning

23 Nov 2021, 3:55 AM
Manfaat penganjuran ekspo Selangor, perkenal sate tuna sirip kuning

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Sebuah syarikat tempatan menampilkan kelainan dengan mempromosi sate tuna sirip kuning di Ekspo Selangor Antarabangsa (SIE) makanan dan minuman (F&B) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Dr Tuna Sdn Bhd Khartini Isa berkata peluang diberikan Kerajaan Negeri di ekspo yang menjadi sebahagian acara Sidang Kemuncak Perniagaan (SIBS) 2021 itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempromosikan makanan itu.

"Saya menerima jemputan untuk menyertai ekspo ini kerana tahu wujud peluang untuk meluaskan rangkaian perniagaan ke peringkat lebih luas dengan kelebihan yang ada pada produk ini seperti tinggi dengan protein.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana beri peluang kepada usahawan tempatan dan menyediakan platform seperti ini," katanya.

SIE (F&B) 2021 sebahagian program SIBS 2021 yang berlangsung selama empat hari bermula 18 November dan dianjurkan secara hibrid.

Sebanyak RM11 juta diperuntuk meliputi pembangunan dan penyelenggaraan portal perniagaan, selain pemasaran dan pembangunan bagi sembilan acara utama.

Acara diadakan termasuk Persidangan Perniagaan Asean Selangor, Konvensyen Digital Ekonomi dan Bandar Pintar Selangor serta Ekspo Selangor Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619