AGENDA

MB ucap takziah kepada keluarga juruterbang maut nahas pesawat pejuang

17 Nov 2021, 2:30 AM
MB ucap takziah kepada keluarga juruterbang maut nahas pesawat pejuang

SHAH ALAM, 17 NOV: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang malam tadi.

"Inalillahiwainnailahirajiun. Takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat di kawasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter.

Beliau juga mendoakan semoga seorang lagi juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam insiden tersebut diberi kesembuhan.

TUDM menerusi kenyataan malam tadi berkata nahas terbabit berlaku kira-kira jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan malam.

Menurutnya, Mohamad Affendi meninggal dunia sementara Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619