AGENDA

Orang ramai digalak lapor keputusan ujian kendiri walaupun negatif

13 Nov 2021, 1:25 AM
Orang ramai digalak lapor keputusan ujian kendiri walaupun negatif

SHAH ALAM, 13 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai melaporkan keputusan ujian Covid-19 secara kendiri dalam aplikasi MySejahtera walaupun hasil saringan negatif.

Ketua pengarah kesihatan berkata hampir lima juta kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dijual tetapi yang didaftarkan dalam MySejahtera masih rendah.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya percaya kes negatif adalah lebih tinggi daripada kes positif yang tidak dilaporkan di negara ini.

"Kita sedang mencuba melihat kaedah terbaik untuk meningkatkan kesedaran untuk memasukkan data ujian. Kita percaya kes negatif lagi banyak berbanding positif tidak dilaporkan.

"Mudah saja untuk melaporkan. Saya sendiri sudah laporkan dan mengambil hanya dua tiga langkah untuk menjawab soalan dan kita boleh dapatkan data-data tersebut," katanya pada sidang media semalam.

Dr Noor Hisham berkata tujuan beliau mengesyorkan langkah itu bagi mengumpul data untuk mengetahui tanda aras yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kalau kita lihat kadar positif satu masa dulu tanda aras adalah lima peratus yang dicatatkan WHO. Kita hampir mencecah tiga peratus sekarang.

"Kes yang positif sekarang ini adalah tiga hingga empat peratus. Ini menunjukkan tanda aras kita sudah berjaya untuk mengesan kes yang positif," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619