AGENDA

Kanak-kanak tujuh tahun maut dilanggar van sekolah

13 Nov 2021, 12:02 AM
Kanak-kanak tujuh tahun maut dilanggar van sekolah

SEPANG, 13 NOV: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dilanggar van sekolah ketika melintas di hadapan kenderaan itu untuk memasuki rumah transit di Taman Seroja di sini, tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 12.10 tengah hari ketika pemandu van yang merupakan seorang wanita menghantar mangsa ke rumah transit sebelum ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

"Setelah menurunkan semua pelajar termasuk mangsa, pemandu van bergerak ke hadapan tanpa menyedari mangsa yang terakhir turun sedang melintas di hadapan van dan melanggarnya hingga cedera parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata pemandu wanita berusia 31 tahun sedang dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Menerusi rakaman kamera liter tertutup yang tular, pemandu van yang menyedari kejadian itu segera memberhentikan kenderaannya dan meminta pertolongan daripada pemilik rumah transit.

Md Noor Aehwan berkata mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan namun meninggal dunia ketika menerima rawatan dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619