AGENSI

Lagi 30 unit kendera saji ditawar bantu peniaga jana pendapatan

6 Nov 2021, 12:35 PM
Lagi 30 unit kendera saji ditawar bantu peniaga jana pendapatan

SHAH ALAM, 6 NOV: Koperasi Warga Hijrah Selangor (KoHijrah) menawarkan tambahan 30 unit kendera saji secara pinjaman kepada usahawan kecil menjelang akhir tahun ini.

Tidak hanya terhad kepada jualan makanan, peniaga bebas mengubah jenis perniagaan pada bila-bila masa menggunakan trak model Inokom dan Daihatsu, kata pengurus besarnya.

"Jangan pandang kendera saji ini hanya boleh berniaga makanan, tetapi mereka juga boleh masuk ke bidang peruncitan dan jualan pakaian terpakai," kata Mohd Syukri Ismail.

"Kalau tengok di kilang antara tujuh hingga lapan unit dalam proses pengeluaran. Insya-Allah, keluar bulan depan sekali gus mencapai 30 unit hujung tahun ini."

Beliau berkata demikian pada program bual bicara "Jatuh Bangun Perniagaan Food Truck Selangor" yang disiarkan melalui Facebook Media Selangor malam tadi.

Mohd Syukri berkata lebih 100 unit trak ditawar kepada peniaga kecil di Selangor setakat ini dengan Daihatsu model paling digemari wanita manakala Inokom bagi lelaki.

"Trak ini nyawa kepada perniagaan mereka. Jika tidak dikendalikan dengan baik, mungkin sukar untuk sampai ke destinasi dan memulakan perniagaan," katanya.

Warga Selangor boleh membuat pinjaman KoHijrah untuk membeli kendera saji berharga RM26,500 atau RM50,000 dengan mengemukakan penyata bank tiga bulan dan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619