AGENDA

MB, isteri tinjau persiapan Deepavali di Little India Klang

2 Nov 2021, 10:12 AM
MB, isteri tinjau persiapan Deepavali di Little India Klang
MB, isteri tinjau persiapan Deepavali di Little India Klang

KLANG, 2 NOV: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa kira-kira satu jam meninjau persiapan Deepavali di Little India di Jalan Tengku Kelana di sini hari ini.

Hadir ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhammad, Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba sekitar jam 12.30 tengah hari melawat beberapa kedai di lokasi menjadi tumpuan penganut Hindu membeli-belah.

Antara kedai dikunjungi Ajuntha Textile, Little India Jewellery, Muthu Pullay Enterprise, Bollywood Fashion Jewellery, Kavitha Earing Collection dan kedai makan Archana Curry House.

[caption id="attachment_494100" align="alignright" width="500"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Saari (tiga,kanan), bersama Isteri Datin Masdian Muhamad (dua, kanan) melihat kain sari ketika lawatan persiapan sambutan Deepavali di Little India, Klang pada 2 November 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya gembira melihat Little India di sini kembali meriah dengan kehadiran orang ramai terutama kaum India yang membuat persiapan Deepavali.

“Malah, berdasarkan maklum balas peniaga, mereka teruja kerana berpeluang meneruskan perniagaan selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui.

Amirudin turut beramah mesra dan mengagihkan angpau kepada orang ramai yang mengunjungi premis di situ.

Hadir sama EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George serta ADN Pandamaran Tony Leong Tuck Chee.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619