ADN

Aktiviti bersih pantai jadi inisiatif indahkan kawasan pelancongan

1 Nov 2021, 2:07 AM
Aktiviti bersih pantai jadi inisiatif indahkan kawasan pelancongan
Aktiviti bersih pantai jadi inisiatif indahkan kawasan pelancongan

TANJUNG SEPAT, 1 NOV: Aktiviti membersihkan kawasan Pantai Batu Laut di sini daripada sampah sarap menjadi sebahagian inisiatif bagi mengindahkan kawasan pelancongan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah berkata pembersihan kawasan tepi pantai juga penting dalam memelihara alam sekitar.

"Alhamdulillah, walaupun ditangguh tahun lalu kita berjaya melaksanakan Program Batik Plogging atau pembersihan pantai tahun ini dengan menguar-uarkan menerusi masjid dan juga poster.

"Terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan penduduk setempat serta luar yang menjayakan program ini,"katanya ketika ditemui selepas program semalam.

[caption id="attachment_493832" align="alignleft" width="392"] Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bersana Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek bersama peserta ketika Program Batik Plogging (Pembersihan Pantai) di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat pada 31 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Borhan yang juga EXCO Kebudayaan dan Warisan berkata pemilihan batik sebagai konsep program ini adalah bertujuan menaikkan elemen pakaian tradisional.

"Kita minta peserta memakai kain batik mengikut kreativiti masing-masing sebagai lambang mengagumi seni pengeluaran fabrik itu,"katanya.

Terdahulu program yang disertai lebih 100 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat itu turut disertai Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619