EXCO

Belanjawan 2022 diharap tidak kurang peruntukan kebajikan rakyat

29 Okt 2021, 8:36 AM
Belanjawan 2022 diharap tidak kurang peruntukan kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 29 OKT: Belanjawan 2022 diharap tidak mengurangkan peruntukan sedia ada untuk kebajikan rakyat, kata EXCO pembangunan sosio-ekonomi.

V Ganabatirau berkata Kerajaan Negeri merupakan tongkat rakyat yang kini mengalami kemerosotan ekonomi akibat dibuang kerja dan pendapatan berkurangan.

"Program seperti Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Bantuan Bina Dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) perlu dikekalkan dan jika dipotong mengganggu perancangan dalam 2022.

"Kita menyokong belanjawan ke arah pemulihan ekonomi tetapi berharap peruntukan sedia ada dikekalkan dan membuktikan Selangor kekal menjadi negeri berkebajikan," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-SEED) di Bukit Kemuning hari ini.

Pada 8 Oktober lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi sesi taklimat Belanjawan 2022 memaklumkan semua Ahli Dewan Undangan (ADN) dan pimpinan komuniti Selangor terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022.

Pembentangan Belanjawan Selangor akan dilaksanakan pada 26 November dan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619