AGENDA

Rumah Idaman: Kediaman berkualiti pada harga mampu milik - MB

29 Okt 2021, 3:28 AM
Rumah Idaman: Kediaman berkualiti pada harga mampu milik - MB
Rumah Idaman: Kediaman berkualiti pada harga mampu milik - MB

SHAH ALAM, 29 OKT: Pelaksanaan inisiatif Rumah Idaman memberi pilihan kepada penduduk Selangor memiliki kediaman yang berkualiti pada harga mampu milik, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata kediaman itu bukan sahaja lengkap dengan pelbagai kemudahan malah mempunyai persekitaran yang kondusif.

Pada 27 Oktober, beliau mengumumkan pembinaan enam projek Rumah Idaman untuk membantu penduduk yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.

Projek dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.

Menurut Amirudin setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000

Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet serta kabinet selain dibina menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) dan teknologi pasang siap yang mesra alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619