AGENDA

Pegawai bank disyaki terbabit tujuh kes pecah amanah ditahan

25 Okt 2021, 1:20 PM
Pegawai bank disyaki terbabit tujuh kes pecah amanah ditahan

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Seorang pegawai bank antarabangsa ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan tujuh kes pecah amanah bernilai kira-kira RM4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di Cheras, di sini, pada 21 Sept lepas.

Beliau berkata lelaki itu yang berkhidmat sebagai pengurus perhubungan pelanggan disyaki melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang simpanan tetap milik mangsa bagi membeli tujuh jongkong emas untuk dirinya sendiri.

Kamarudin berkata setakat ini satu kes telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 27 Sept lepas manakala enam lagi sedang disiasat.

"Kita percaya ramai lagi mangsa mengalami kerugian akibat perbuatan suspek namun belum membuat laporan polis dan mereka yang terbabit dinasihatkan untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619