AGENDA

Jawatan kosong diiklan dalam talian meningkat suku kedua 2021

25 Okt 2021, 7:33 AM
Jawatan kosong diiklan dalam talian meningkat suku kedua 2021

SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kekosongan jawatan diiklan secara dalam talian meningkat mendadak pada suku kedua 2021 iaitu sebanyak 90,502 berbanding 19,169 bagi tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan jumlah itu diperoleh hasil Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Lanskap Penawaran Pekerjaan di Malaysia yang dilancarkan DOSM.

Ketua perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu melangkaui jumlah kekosongan jawatan diiklankan pada suku keempat 2019 iaitu 90,437 sebelum bermulanya pandemik Covid-19, lapor Berita Harian.

Katanya sebilangan besar majikan memerlukan pekerja dalam kategori profesional (50.8 peratus), diikuti juruteknik dan profesional bersekutu (19.2 peratus) serta pengurus (18.4 peratus).

"Lima pekerjaan paling popular diiklankan adalah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan dan juruaudit serta pembangun perisian," katanya dalam kenyataan, semalam

Beliau berkata Kuala Lumpur mencatatkan jumlah penawaran pekerjaan tertinggi iaitu 46.6 peratus, diikuti Selangor (19.6 peratus), Johor (7.1 peratus), Pulau Pinang (6.2 peratus) dan Perak (1.4 peratus)

"Peningkatan kekosongan jawatan diiklankan memberi gambaran ekonomi negara berada di landasan yang betul ke arah pemulihan pada suku tahun akan datang," katanya.

Tambah beliau dari perspektif sektor ekonomi pula, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal menjadi sektor utama menyumbang kepada penawaran pekerjaan iaitu 18.5 peratus.

"Empat lagi sektor termasuk dalam senarai lima sektor dengan penawaran pekerjaan tertinggi adalah sektor pembuatan (18.1 peratus), perdagangan borong dan runcit pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal (17.9 peratus).

"Aktiviti kewangan dan insurans/takaful (8 peratus) serta aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman (3.5 peratus)," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619