AGENDA

Perhilitan rampas 12 ekor tarantula pelbagai spesies

23 Okt 2021, 4:37 AM
Perhilitan rampas 12 ekor tarantula pelbagai spesies
Perhilitan rampas 12 ekor tarantula pelbagai spesies

SEREMBAN, 23 OKT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 12 ekor pelbagai spesies tarantula (kumpulan labah-labah yang besar dan berbulu) hasil pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di sini, pada 6 Okt lepas.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata hidupan liar berkenaan disimpan si pemiliknya tanpa sebarang dokumen penyimpanan sah yang dikeluarkan pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Jelasnya, laporan polis kemudian dibuat petugas agensi berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2.

"Kesemua barang rampasan itu dibawa ke pejabat Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

- BERNAMA

 

[caption id="attachment_492823" align="aligncenter" width="375"] Anggota penguat kuasa Perhilitan membuat pemeriksaan di sebuah premis terletak sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Oktober 2021. Foto Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619