PBT

Hulu Selangor bandar mampan dan berdaya huni menjelang 2035

21 Okt 2021, 12:39 PM
Hulu Selangor bandar mampan dan berdaya huni menjelang 2035

SHAH ALAM, 21 OKT: Enam inisiatif utama digariskan untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai bandar mampan dan berdaya huni menjelang 2035.

Usaha merangkumi pengekalan sumber semulajadi warisan dalam aktiviti perindustrian, pertanian dan pelancongan, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Mohd Hasry Nor Mohd menjelaskan persekitaran komuniti lestari juga diberi penekanan melalui penyediaan kemudahan asas mencukupi selain memulihara kawasan pembangunan terbiar.

"Selain itu, penerapan konsep pembangunan pintar seperti ekonomi pintar, persekitaran pintar, rakyat pintar, kehidupan pintar, mobiliti pintar dan pentadbiran pintar selaras aspirasi Selangor negeri pintar," katanya.

Beliau bercakap sempena majlis menjunjung titah Duli Yang Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai perbandaran hari ini.

Inisiatif keempat kata Mohd Hasry menumpukan sistem perhubungan jalan raya dan infrastruktur bagi memudahkan aktiviti berkaitan logistik selain utiliti menyokong pembangunan revolusi industri 4.0 serta pertanian bernilai tinggi.

Menurutnya, tawaran pakej pelaburan menarik pula bakal menyediakan perkhidmatan mesra pelabur bagi menjana ekonomi yang mampu membuka peluang pekerjaan.

"Inisiatif pembangunan modal insan efektif dan berdaya saing bagi menerapkan budaya inovasi termasuk keusahawanan, memajukan diri, meningkatkan kemahiran, menambah ilmu serta mempunyai tadbir urus efisien," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619