AGENDA

Kerani, pekerja am sekolah perlu buat saringan Covid-19

20 Okt 2021, 4:42 AM
Kerani, pekerja am sekolah perlu buat saringan Covid-19

SHAH ALAM, 20 OKT: Staf khidmat sokongan termasuk kerani dan pekerja am perlu membuat saringan kendiri Covid-19 secara berkala sepanjang sesi persekolahan bersemuka.

Langkah itu bagi mengawal penularan wabak dalam kalangan kakitangan selain melindungi pelajar dan warga sekolah, kata timbalan menteri pendidikan II seperti dilapor Berita Harian.

"Kita akan memastikan pekerja khidmat sokongan termasuk kerani supaya melengkapkan vaksinasi dan melakukan secara berkala ujian kendiri demi keselamatan anak-anak di sekolah," kata Datuk Mohamad Alamin di Dewan Negara hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini membenarkan pembukaan sekolah bagi murid tahap satu di negeri fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPM turut membekalkan kit ujian kendiri kepada sekolah berasrama dan sekolah harian bagi pengoperasian secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN.

Sementara itu, Mohamad berkata Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan pekeliling mengarahkan penjawat awam termasuk guru mengambil vaksin pada 30 September.

"Dalam arahan itu cukup jelas, mereka kena taat dan ikut," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619