AGENSI

Struktur kayu reput punca bumbung sekolah runtuh

13 Okt 2021, 8:59 AM
Struktur kayu reput punca bumbung sekolah runtuh

SIJANGKANG, 13 OKT: Struktur kayu lama dan reput mengakibatkan bumbung bahagian sisi dua kelas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Telok Panglima Garang di sini runtuh semalam.

Bagaimanapun, kejadian sekitar jam 2 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, kata naib pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bangunan ini lama dibina dan merupakan SJKT terbesar di Kuala Langat. Struktur bumbung sudah dibaiki beberapa kali, namun masih runtuh," kata C Kamalanathan.

Beliau menjelaskan perkara terbabit dipanjangkan ke pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Kerja Raya bagi tindakan lanjut sekali gus mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kawasan sekolah terbabit sering ditenggelami air apabila hujan lebat hingga menjejaskan pembelajaran murid.

“Apabila hujan lebat lebih sejam, air naik lebih 0.3 meter dalam kelas dan berlaku dua kali setahun. Jadi kita minta perhatian demi keselamatan murid," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619