AGENDA

Taman eko rimba dibuka esok, laluan pendakian HSK 9 Oktober

1 Okt 2021, 12:01 PM
Taman eko rimba dibuka esok, laluan pendakian HSK 9 Oktober
Taman eko rimba dibuka esok, laluan pendakian HSK 9 Oktober

SHAH ALAM, 1 OKT: Sepuluh taman eko rimba di negeri ini akan dibuka mulai esok dan pengunjung perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan laluan pendakian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) pula dibuka kepada orang ramai mulai 9 Oktober depan.

Menurutnya semua pengunjung dimohon mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara bagi sektor ekopelancongan sumber asli (Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri) bertarikh 17 September.

"Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian perlu memohon permit memasuki hutan terlebih dahulu di pejabat hutan berkenaan.

"Pengunjung juga diminta membawa sampah keluar selepas aktiviti kerana perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menyebabkan konflik hidupan liar," katanya di Facebook.

Taman eko rimba itu di Sungai Gabai, Gunung Nuang, Sungai Congkak, Sungai Tekala dan Kota Damansara.

Kanching, Komanwel, Templer, Sungai Tua dan Sungai Sendat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619