AGENDA

Kerajaan teliti jual kit ujian kendiri di kedai serbaneka, pasar raya

23 Sep 2021, 7:41 AM
Kerajaan teliti jual kit ujian kendiri di kedai serbaneka, pasar raya

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kerajaan sedang meneliti kebenaran penjualan kit ujian kendiri Covid-19 di kedai serbaneka dan pasar raya selain farmasi bagi memudahkan orang ramai, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata pada masa sama harga siling peralatan itu juga akan diturunkan daripada RM19.90 bagi jualan runcit untuk membolehkan lebih banyak ujian dijalankan.

"Kit ujian kendiri ini dilihat sebagai suatu normal baharu yang akan menyokong proses pemulihan negara apabila lebih banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial dibenarkan selepas ini," katanya ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Kesihatan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Khairy berkata sehingga kini sebanyak 18 kit ujian kendiri telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan beberapa jenama baharu sedang diteliti yang nilai sensitivitinya harus melebihi 90 peratus.

Jelasnya, ujian menggunakan kit itu dapat memudahkan proses pengesanan, pengawalan jangkitan dan mengurangkan bebanan petugas kesihatan.

"Bagi kes yang positif menerusi ujian kit pantas antigen (RTK-Ag), individu tersebut akan terus diarah untuk isolasi dan pengasingan.

"Bagaimanapun, pengesahan menerusi RT-PCR (ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik) tetap dijalankan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619