AGENSI

KDEBWM sumbang tong sampah ‘leach bin’ untuk kemudahan penduduk Pangsapuri PJS 7/15

16 Sep 2021, 6:40 AM
KDEBWM sumbang tong sampah ‘leach bin’ untuk kemudahan penduduk Pangsapuri PJS 7/15
KDEBWM sumbang tong sampah ‘leach bin’ untuk kemudahan penduduk Pangsapuri PJS 7/15

SUBANG JAYA, 16 SEPT: Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) menyumbang enam tong sampah jenis 'leach bin' kepada Pangsapuri PJS 7/15, Bandar Sunway semalam.

Pengarah urusannya Ramli Mohd Tahir berkata bantuan menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu menggantikan tong sampah lama yang usang dan rosak.

“Sumbangan ini dapat membantu penduduk menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka selain memudahkan pekerja KDEBWM membuat kutipan.

[caption id="attachment_466223" align="alignleft" width="365"] Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berucap ketika majlis perasmian Pusat Kitar Semula KDEBWM di Bukit Puchong, Puchong pada 29 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Wakil rakyat Subang maklumkan tapak tong lama dah rosak. Bila waktu hujan air sampah mengalir keluar menghasilkan bau busuk malah anjing juga datang menyelongkar sampah. Jadi kita setuju sumbang tong sampah ‘leach bin’ bersaiz 1,100 liter,” katanya.

Sumbangan bernilai lebih RM10,000 itu diserahkan kepada Michelle Ng Mei Sze dan wakil penduduk L Baranitharan.

Menurut Ramli inisitif seperti itu akan diteruskan ke beberapa kawasan pangsapuri sekitar Ampang dan Petaling Jaya dalam masa terdekat.

“Kami mohon supaya penduduk gunakan tong sampah ini dengan betul. Jangan bakar sampah yang ada dalamnya serta tidak membuang sampah pukal.

“Mana-mana kawasan yang perlukan tong ini boleh membuat permohonan. Kami mengutamakan kediaman strata, pangsapuri dan komersial,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619