MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat hingga 7 malam ini

28 Feb 2026, 9:34 AM
MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat hingga 7 malam ini

SHAH ALAM, 28 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung serta Malaysia Timur yang dijangka berlarutan sehingga jam 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan terjejas di Kedah ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Di Terengganu, amaran melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh serta Kuantan.

Bagi Selangor, kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Hampir keseluruhan Negeri Sembilan turut terjejas termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin selain seluruh Melaka,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Di Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Muar, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu di Malaysia Timur, amaran dikeluarkan di Sarawak melibatkan Serian, Pakan, Julau dan Sibu manakala di Sabah membabitkan Nabawan, Ranau, Tawau serta Semporna.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619