MH160 dan MH156 berpatah balik, MAS laksana protokol kawasan konflik

28 Feb 2026, 6:58 AM
MH160 dan MH156 berpatah balik, MAS laksana protokol kawasan konflik

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangannya, MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL–JED) pada 27 Feb 2026, telah berpatah balik ke Kuala Lumpur dan dilencongkan ke Chennai.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini, tindakan itu diambil susulan makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara dan dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan.

Kedua-dua penerbangan itu kini telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

“Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya.

Menurut syarikat penerbangan itu, situasi berkenaan terus dipantau rapi dan semua langkah yang diperlukan akan diambil untuk memastikan operasi selamat dan dipercayai.

Katanya keselamatan penumpang dan kru penerbangan terus menjadi keutamaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619