60 peserta sertai sesi pertama Language Discovery 2026, kelas bahasa percuma PPAS

28 Feb 2026, 7:00 AM
60 peserta sertai sesi pertama Language Discovery 2026, kelas bahasa percuma PPAS

SHAH ALAM, 28 FEB: Seramai 60 peserta menyertai sesi pertama program Language Discovery 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 20 Februari lalu, sekali gus membuka tirai inisiatif pembelajaran bahasa secara percuma tahun ini.

Menurut kenyataan PPAS, kelas bahasa Mandarin dan bahasa Perancis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan jadual fleksibel bagi memudahkan golongan bekerja mengikuti pembelajaran sebelum memulakan tugas harian.

"Sesi kelas pertama Language Discovery 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang memberangsangkan," menurut kenyataan itu.

Program berkenaan dilaksanakan dengan sokongan dan tajaan Kerajaan Negeri Selangor bagi memperluas akses pendidikan bahasa kepada rakyat.

PPAS turut merakamkan penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari atas cadangan dan kelulusan pelaksanaan kelas bahasa percuma itu.

"Terima kasih kepada semua peserta, tutor dan pihak yang menjayakan program ini," menurut kenyataan itu lagi.

Language Discovery merupakan antara usaha memperkasa kemahiran bahasa dalam kalangan masyarakat sekali gus meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran individu di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619