Makkah alami fenomena penjajaran bulan di atas Kaabah

28 Feb 2026, 12:30 AM
Makkah alami fenomena penjajaran bulan di atas Kaabah

JEDDAH, 28 FEB: Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi tahun 2026 pada Sabtu malam, apabila bulan akan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ketua Persatuan Astronomi Jeddah Majid Abu Zahra berkata ketika momen penjajaran itu, bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer dari Bumi dengan pencahayaan 91 peratus, bertepatan dengan kedudukannya sejajar dengan gugusan bintang Al-Nathra dalam buruj Cancer.

Fenomena cakerawala ini membolehkan pemerhati di seluruh dunia menentukan arah kiblat dengan tepat hanya dengan melihat ke arah bulan pada waktu ia melintasi meridian Makkah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619