MBPJ raih empat anugerah Bandar Rendah Karbon 2025

27 Feb 2026, 1:23 PM
MBPJ raih empat anugerah Bandar Rendah Karbon 2025
MBPJ raih empat anugerah Bandar Rendah Karbon 2025
MBPJ raih empat anugerah Bandar Rendah Karbon 2025

PETALING JAYA, 27 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraih empat pengiktirafan pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap agenda kelestarian, pengurangan karbon dan pembangunan bandar mampan di Petaling Jaya.

Datuk Bandarnya Dato’ Mohamad Zahri Samingon berkata kejayaan tersebut mencerminkan pendekatan kolaboratif MBPJ bersama rakan strategik, institusi pendidikan serta sektor swasta dalam memperluas amalan hijau dan mengurangkan pelepasan karbon bandar.

Menurutnya, empat pengiktirafan yang diraih meliputi 4 Diamond bagi Pusat Inovasi Petaling Jaya MBPJ dan 3 Diamond bagi Sekolah Kebangsaan Sri Kelana.

Selain itu, dua lagi pengiktirafan 2 Diamond masing-masing diberikan kepada 1 Utama Shopping Centre dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

"Pengiktirafan tersebut membuktikan keberkesanan pelaksanaan inisiatif rendah karbon termasuk pengurusan tenaga dan air yang cekap, penggunaan teknologi hijau serta pengurangan sisa pepejal melalui amalan 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula)," katanya.

Beliau menambah, anugerah berkenaan adalah sebahagian daripada Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) yang diterajui Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi mempercepatkan peralihan ke arah bandar rendah karbon menjelang 2030.

"Pengiktirafan ini membuktikan usaha berterusan MBPJ dalam melaksanakan inisiatif rendah karbon secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

"MBPJ akan terus memperhebat strategi kelestarian dan inisiatif hijau bagi memastikan Petaling Jaya kekal sebagai bandar raya pintar, mampan dan berdaya tahan menjelang 2030," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619