MBSJ serbu pusat hiburan tanpa lesen, operasi dihenti serta-merta

27 Feb 2026, 4:22 AM
MBSJ serbu pusat hiburan tanpa lesen, operasi dihenti serta-merta

SHAH ALAM, 27 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan di Sky Park One City, Subang Jaya, baru-baru ini.

MBSJ memaklumkan tindakan sitaan telah dilaksanakan terhadap premis terbabit, selain mengarahkan operasi dihentikan serta-merta selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“MBSJ akan terus mempergiat pemantauan serta menjalankan operasi penguatkuasaan secara berkala di seluruh kawasan komersial di bawah pentadbiran Majlis bagi memastikan setiap premis mematuhi undang-undang.

“Semua pemilik dan pengusaha pusat hiburan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan,” menurut kenyataan dimuat naik menerusi Facebook rasmi pihak berkuasa tempatan itu.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen perniagaan dan lesen hiburan di Sky Park One City, Subang Jaya pada 25 Februari 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan aktiviti yang menyalahi peraturan MBSJ boleh menyalurkan laporan melalui saluran berikut:

  • Pusat Kawalan Subang Jaya: 03-8024 7700.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619