MBSJ perhebat operasi penguatkuasaan premis halang laluan awam

27 Feb 2026, 12:58 AM
MBSJ perhebat operasi penguatkuasaan premis halang laluan awam

SHAH ALAM, 27 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terus komited memastikan pematuhan undang-undang melalui pelaksanaan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis perniagaan dalam radius lima kilometer dari Ibu Pejabat MBSJ.

Operasi yang dijalankan di sekitar Jalan SS 19 dan Jalan USJ 2 itu melibatkan pemeriksaan premis restoran serta premis serbaneka.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat premis yang meletakkan halangan seperti kerusi, meja, gerai dan rak beroda di kawasan awam tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan selaras dengan undang-undang kecil serta peruntukan yang berkuat kuasa di bawah bidang kuasa MBSJ.

MBSJ memaklumkan operasi akan terus dipergiatkan secara berkala bagi memastikan pematuhan berterusan, sekali gus menjamin persekitaran perniagaan yang selamat, teratur dan kondusif untuk semua pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619