KPKM laksana pelan modenkan pengairan padi di Sawah Sempadan dan Sungai Burong

26 Feb 2026, 5:38 AM
KPKM laksana pelan modenkan pengairan padi di Sawah Sempadan dan Sungai Burong

SHAH ALAM, 26 FEB: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah merangka dan melaksanakan pelan tindakan strategik di kawasan penanaman padi di Skim Pengairan Sawah Sempadan dan Skim Pengairan Sungai Burong.

Menterinya Dato' Seri Mohamad Sabu berkata pelan tindakan itu bertujuan memodenkan sistem pengairan, menaik taraf saliran serta memperkenalkan teknologi pintar ini bagi menjamin keselamatan bekalan air, meningkatkan produktiviti pesawah dan memastikan keterjaminan makanan negara.

Antara projek yang telah dilaksanakan adalah Projek Menaik Taraf Palong di Kawasan Sawah Sempadan di Tali Air 7 hingga Tali Air 12.

"Status terkini projek tersebut adalah di peringkat pewartaan Seksyen 8 dan urusan bayaran pampasan dijangka bermula pada tahun ini.

"Usai selesai proses pengambilan tanah, permohonan pelaksanaan projek fizikal akan dikemukakan bagi menaik taraf jajaran tali air sepanjang 36.5 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta." katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen, semalam.

Pada masa yang sama, kerajaan sedang melaksanakan proses perolehan berkaitan tanah di Skim Pengairan Sungai Burong untuk meningkatkan kecekapan agihan air dan mengurangkan kehilangan air melalui palong yang melibatkan jajaran Tali Air 1 hingga Tali Air 13 dengan Panjang keseluruhan 94.75 kilometer.

Beliau juga berkata kerajaan menyedari kejadian banjir dan kemarau memberi kesan kepada hasil dan pendapatan pesawah.

"Untuk memulihkan kapasiti Terusan Bekal, KPKM akan memohon pelaksanaan Projek Mendalamkan Terusan Bekal dan Menarik Taraf Struktur Alur Limpah Sungai Tengi di Bawah Rolling Plan Kedua (RP2) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13)." ujarnya.

Sebagai langkah transformasi, Kerajaan telah merancang menaik taraf struktur-struktur utama di sepanjang Terusan Utama dengan sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA).

"Kerajaan juga telah meluluskan Program Galakan Penggunaan Jentera Mekanisasi dan Automasi yang bertujuan memperluaskan penggunaan teknologi moden dalam kalangan petani dan pesawah." katanya menjawab soalan Kapten Dato' Dr. Zulkafperi Hanapi berhubung langkah Kerajaan atasi banjir dan kemarau di sawah padi Tanjong Karang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619