Selangor FC tekad cipta kelebihan di laman sendiri, buru gelaran ke-34

26 Feb 2026, 5:23 AM
Selangor FC tekad cipta kelebihan di laman sendiri, buru gelaran ke-34
Selangor FC tekad cipta kelebihan di laman sendiri, buru gelaran ke-34
Selangor FC tekad cipta kelebihan di laman sendiri, buru gelaran ke-34
Selangor FC tekad cipta kelebihan di laman sendiri, buru gelaran ke-34

SHAH ALAM, 26 FEB: Selangor FC perlu mengelak kesilapan mudah selain menjaringkan sebanyak mungkin gol di tempat sendiri dalam aksi separuh akhir pertama sekali gus mencerahkan peluang mara ke final Piala Malaysia.

Kapten pasukan Faisal Halim berkata ketika ini dia dan rakan sepasukan sudah bersedia menentang Kuching City dalam aksi separuh akhir yang dijadual bermain di laman sendiri terlebih dahulu sebelum aksi timbal balik di Sarawak.

“Semua pemain sudah dalam keadan sedia untuk menghadapi Piala Malaysia. Kesilapan mudah perlu dielakkan. Fokus dan bermain dengan disiplin tinggi diperlukan sepanjang perlawanan.

Ketua pasukan Selangor FC Faisal Halim ditemu bual oleh pihak media di Padang Latihan Selangor FC pada 25 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kita bermain Piala Malaysia ada dua perlawanan. Tempat sendiri dan lawan, jadi paling penting kena ada jaringan di tempat kita dan tak ada bolos.

“Ini akan beri kesan bila kita di tempat lawan. Sekiranya kita tak ada jaringan, ia beri tekanan dan sukarkan pasukan,” katanya kepada Media Selangor.

Selangor FC meneruskan pemburuan gelaran Piala Malaysia buat kali ke-34 apabila mara ke separuh akhir musim ini selepas membelasah Negeri Sembilan FC 5-1 pada suku akhir kedua tengah bulan lalu.

Keputusan itu melengkapkan kemenangan bergaya anak buah Kim Pan Gon 6-1 secara agregat selepas sekadar menang tipis 1-0 pada suku akhir pertama di Paroi, Negeri Sembilan, seminggu sebelum itu.

Selangor akan berdepan Kuching City pada separuh akhir selepas pasukan itu menyingkirkan DPMM FC 6-2 secara agregat hasil kemenangan 3-1 di Stadium Negeri.

Aksi separuh separuh akhir dijadual berlangsung secara timbal balik pada bulan depan dan April

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619