Keputusan UPKK 2025 diumum jam 10 pagi esok

24 Feb 2026, 1:29 PM
Keputusan UPKK 2025 diumum jam 10 pagi esok

SHAH ALAM, 24 FEB: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada jam 10 pagi esok.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan semakan rumusan keputusan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 12 tengah hari pada hari sama menerusi pautan https://semakan.islam.gov.my/.

Menurutnya, calon dan ibu bapa boleh membuat semakan menggunakan nombor MyKid atau nombor kad pengenalan khas serta nombor angka giliran.

Slip keputusan rasmi pula boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

"Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!," katanya.

UPKK merupakan peperiksaan penyelarasan peringkat kebangsaan bagi murid Tahun Lima Sekolah Rendah Agama (SRA) atau Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengikuti KAFA.

Peperiksaan ini bertujuan menilai tahap penguasaan murid dalam bidang pengajian Islam termasuk al-Quran, akidah, ibadah, sirah dan jawi.

Peperiksaan tersebut diselaraskan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara, bagi memastikan standard penilaian yang seragam dalam pendidikan KAFA.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619