Sultan buka puasa bersama rakyat Kuala Selangor, serah sumbangan Aidilfitri

24 Feb 2026, 11:57 AM

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM264,500 kepada 529 penerima meliputi 149 fakir, 239 miskin dan 141 muallaf, dengan setiap seorang menerima RM500.

Hadir sama Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan EXCO Agama Dr Fahmi Ngah.

Sultan Sharafuddin kemudian berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak, dan solat sunat Tarawih bersama rakyat.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang dinamakan sempena nama Sultan Selangor kedua, Almarhum Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Raja Lumu, dirasmikan ayahanda Baginda pada 6 Mac 1987.

Masjid yang terletak di tengah pekan Kuala Selangor itu dibina dengan berkeluasan 42,986 kaki persegi dan mampu memuatkan sehingga 2,500 jemaah dalam satu masa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619