MBDK keluarkan tujuh kompaun, empat premis gagal pamer lesen sah

24 Feb 2026, 3:20 AM
MBDK keluarkan tujuh kompaun, empat premis gagal pamer lesen sah

SHAH ALAM, 24 FEB: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan tujuh kompaun terhadap empat premis perniagaan dalam pemeriksaan di pusat bandar Klang, semalam.

Menurut MBDK, sebanyak 10 premis melibatkan kedai serbaneka, kedai roti, kedai alat telekomunikasi, pasar raya besar dan restoran diperiksa.

“Enam premis memiliki lesen perniagaan dan iklan yang sah bagi tahun 2026, manakala empat premis gagal mengemukakan lesen sah,” katanya di Facebook.

Daripada tujuh kompaun dikeluarkan, dua di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007, tiga di bawah UUK 3(1) Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 serta dua di bawah UUK 7 Iklan (MPK) 2007.

MBDK menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkat dan pemilik premis diwajibkan memperbaharui lesen serta mematuhi peraturan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619