Love scam: 100 kes direkod setakat Januari, kerugian cecah RM3.5 juta - Polis

22 Feb 2026, 6:37 AM
Love scam: 100 kes direkod setakat Januari, kerugian cecah RM3.5 juta - Polis

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau love scam melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan pada Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

“Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lepas adalah RM3.5 juta, menurun sebanyak 27 peratus berbanding RM4.9 juta kerugian pada Januari tahun lepas.

“Golongan wanita terus menjadi mangsa paling ramai dengan mencatat 60 peratus daripada jumlah kes manakala baki 40 peratus adalah lelaki. Sebanyak 72 peratus mangsa berusia 30 hingga 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket ini dan membuat semakan di portal Semak Mule PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619