Geng curi kabel sekitar Shah Alam diburu, nilai kerugian masih - Polis

22 Feb 2026, 3:00 AM
Geng curi kabel sekitar Shah Alam diburu, nilai kerugian masih - Polis

SHAH ALAM, 22 FEB: Polis giat mengesan sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar Seksyen 3, di sini.

Tindakan itu susulan tularnya rakaman video berdurasi 14 saat yang menunjukkan beberapa lelaki menggunakan kenderaan termasuk pacuan empat roda untuk mencuri kabel pada waktu malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata kejadian disedari seorang saksi berusia 30-an yang juga penduduk sekitar lokasi, kira-kira jam 5 pagi Jumaat lalu.

"Kejadian disedari apabila saksi yang sedang tidur terdengar bunyi bising di luar rumah. Dia bangun dan melihat sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel.

"Saksi cuba mengekori suspek, namun diberikan amaran. Suspek juga berpatah semula dan cuba mengejar saksi sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata kumpulan itu dipercayai mahir dalam kegiatan curi kabel, termasuk menggali lubang kabel dan menariknya keluar sebelum memotong di lokasi sunyi, dipercayai bagi mendapatkan besi tembaga.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan. Nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya, sambil menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402.

Polis juga menggesa masyarakat segera melaporkan individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel melalui talian kecemasan 999.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619