MBDK kompaun peniaga bazar Ramadan tiada lesen, langgar syarat

20 Feb 2026, 5:07 AM
MBDK kompaun peniaga bazar Ramadan tiada lesen, langgar syarat

SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan dua kompaun dan 11 notis terhadap peniaga Bazar Juadah Simpang Empat, Sungai Udang semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan berkenaan diambil hasil pemantauan 180 peniaga bermula jam 4 petang, atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan gagal mematuhi syarat permit.

“Semua peniaga diingatkan supaya sentiasa mempamerkan lesen dan mematuhi garis panduan bagi mengelak tindakan undang-undang,” kata pihak MBDK.

Tindakan dibuat mengikut UUK 3 Penjaja (MPK) 2007 dan UUK 38(1) Penjaja (MPK) 2007, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619