Enam individu terselamat, dua kereta dihempap pokok tumbang

17 Feb 2026, 3:20 PM
Enam individu terselamat, dua kereta dihempap pokok tumbang

SEREMBAN, 17 FEB: Enam individu berdepan detik cemas apabila dua kenderaan yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang berdekatan sebuah restoran di Jalan Seremban-Tampin di sini malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.48 malam.

Beliau berkata apabila tiba di lokasi, pasukan bomba yang terdiri daripada tujuh anggota mendapati sebatang pokok setinggi 10 meter tumbang dan menghempap kereta jenis Grand Livina dinaiki lima sekeluarga berusia antara 12 hingga 47 tahun.

Turut dihempap sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki seorang lelaki berusia 38 tahun yang sedang melalui kawasan itu.

“Kesemua mangsa berjaya keluar sendiri dalam keadaan selamat sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba.

"Kerja pemotongan pokok sedang dilakukan ketika ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619