Amaran hujan lebat hampir seluruh Selangor hingga 11 malam

16 Feb 2026, 1:24 PM
Amaran hujan lebat hampir seluruh Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 16 FEB: Beberapa kawasan di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 11 malam ini.

Menurut amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat termasuk Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda pembentukan awan ribut yang membawa hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam, sama ada hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Selain Selangor, keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Sarawak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619