Tengku Amir Shah tidak berminat jawatan presiden FAM, fokus Selangor FC

15 Feb 2026, 2:35 PM
Tengku Amir Shah tidak berminat jawatan presiden FAM, fokus Selangor FC

SHAH ALAM,15 FEB: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor bertitah Baginda tidak berminat mengisi kekosongan jawatan presiden dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Titah Tengku Amir Shah, Baginda hanya berminat dengan Persatuan Bola Sepak Selangor dan mahu memberi fokus serta komitmen dengan pasukan itu sahaja, lapor Astro Awani.

“Tidak, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM). Saya hanya berminat dengan pasukan Selangor. Kami ada pelbagai perkara mahu dicapai.

“Sebaiknya kita harus menambah baik mutu pengadilan. Bukan hanya terhad kepada pemain, malah ia melibatkan seluruh ekosistem bola sepak.

“Itu fokus saya sekarang. Tertumpu terhadap bola sepak Selangor," titah Baginda ketika menghadiri Majlis Pelancaran dan Jualan Buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatakankuasa Eksekutif FAM sebulat suara meletakkan jawatan secara kolektif dan menunggu keputusan penilaian pasukan pemantau dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum mengadakan kongres pemilihan.

Susulan peletakan jawatan itu, tiga kerabat diraja dicadang memegang jawatan presiden. Selain Tengku Amir Shah, dua lagi ialah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619