Jaguh pecut negara lebur rekod kebangsaan 200m di Carolina Utara

15 Feb 2026, 4:14 AM
Jaguh pecut negara lebur rekod kebangsaan 200m di Carolina Utara

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharu rekod kebangsaan acara 200 meter (m) pada kejohanan jemputan Tiger Paw, semalam.

Atlet berusia 21 tahun yang digelar 'Usain Bolt Malaysia' itu mencatatkan 21.20 saat (s) untuk memadam rekod 21.50s miliknya yang dilakukan pada Januari lepas.

Catatan itu menyaksikan Muhammad Azeem menamatkan saingan di tempat ke-21 daripada 48 pelari dalam kejohanan berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara.

Untuk rekod, Muhammad Azeem merekodkan 21.50s pada kejohanan jemputan Bob Pollock di Clemson, memadam rekod terdahulu 22.86s milik Timothy Tan di Manchester Indoor Meet 2019.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Azeem terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir acara 60m di tempat kesembilan dengan catatan 6.65s.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619